Friday, October 15, 2010

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat
daripada MELAMINE yang mengandungi “urea
formaldehyde” dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya
digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan
‘insulation’ wayar electrik. Bahan ini amat
berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,
kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencingdankerosakan
sistem pembiakan.



Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan
pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan
cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali
pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada
kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi
pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling
berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan
mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam
makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu
elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah
melamine.